Kami Prihatin
Lagu: S.Atan
Lirik: Habsah Hassan
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga dihari tuamu
Andai panjang usiaku
Namun hanya harapan tanpa suara
Didunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Dimanakah ibu Dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Tidak dapat dinafikan bahawa manusia kini semakin tidak berperikemanusiaan, sehingga sanggup membuang bayi kandungan sendiri. Salah laku yang menyebabkan anak yang tidak berdosa ini dilahirkan di dunia tanpa kasih sayang serta meniggalkan dunia serta merta tidak mungkin dapat diampunkan oleh mana-mana pihak. Sekiranya perkara yang tidak diingini telah berlaku bukan sahaja sekali, mengapakah kita mengulanginya? Tidak cukupkah nyawa yang berharga ini dibiarkan mati di tepi longkang?dalam sampah? dalam balang? dalam plastik? atas padang? Bukan mudah untuk kita melahirkan anak yang sihat tetapi mengapakah anda membuang nyawa yang dikurniakan oleh tuhan kita?
Seperti yang telah dikatakan, sudah cukup kita membuat kesilapan kenapa masih ditambahkan kesilapan? Kita sepatutnya belajar melalui kesilapan dan bukannya melakukannya lagi...adakah begitu susah untuk difahami? haiz....semakin hari semakin banyak bayi dibuang, inikah manusia?*memalukan* setuju?
4:37 PM